2014年6月7日星期六

SPM说明文与议论文常用词语 

http://bcspmmdmsee.blogspot.com/2012/10/spm.html

2014年6月6日星期五

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.

            Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa,kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
            Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
            Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
            Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
            Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
            Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
            Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.
            Intihnya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

2014年6月5日星期四

Penggunaan Peribahasa / Kosa kata / Ungkapan Dalam karangan

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kata Dalam karangan Dimensi Diri
  1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
  1. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;  anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
  1. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
  1. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persiskata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.
  1.  Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik
  1. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga  merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.
  1. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga
  1. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 
  1. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejarmaterialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.
  1. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah  meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.
  1. Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskancangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.
  1. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahudihimpit dengan  pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.
KOSA KATA DAN UNGKAPAN DALAM PENULISAN KARANGAN
     Sireh dari Pulau Mutiara;
     Pemanis kata Selamat Datang
     Awal Bismillah pembuka bicara.
KOSA KATA DAN UNGKAPAN MENARIK DALAM PENULISAN KARANGAN
> pepatah arab yang maksudnya dalam bahasa melayu ialah "siapa yang
> berusaha, dia akan berjaya". Sememangnya sesiapa sahaja yang melakukan
> sesuatu, hendaklah dengan bersungguh-sungguh, dan insyaallah kejayaan
> menjadi hasilnya.
-Hamka
17.Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.-Imam Al-Ghazali
19. Alexander Graham Bell -Genius adalah 1 % inspirasi dan 99 % keringat
atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air.
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
TEKNIK MEMASUKKAN UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN


Buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM sila hafal beberapa panduan yang diberikan di bawah ini, dan gunakannya ketika menjawab soalan karangan. Petikan ayat-ayat ini PERNAH digunakan oleh pelajar yang memperoleh markah CEMERLANG dalam peperiksaan PMR dan SPM yang sebenar. Saya hanya berkongsi pengalaman saya bersama-sama anda semua. Saya yakin KECEMERLANGAN adalah untuk semua pelajar yang MAHU BERUSAHA untuk kecemerlangan. Walau saya tiada kaitan dengan anda semua TETAPI saya KOMITED untuk kecemerlangan anda semua!
             
1.     Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk ………………………………?
2.     semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama
3.     Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalamkehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran  itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
4.     Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.
5.     Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur Hayatilah juga mafhum mulia  yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.
6.     Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan  media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.
7.     Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi  untuk menyuburkan  semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan  kesyukuran  yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
8.     Remaja  kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik dipadam.


Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga












by:http://muinmohsein.blogspot.com/2013/09/penggunaan-peribahasa-kosa-kata.html


FRASA UNTUK PENDAHULUAN
1.Sejak akhir-akhir ini....telah menjadi......yang mendapat perhatian ramai
2.Dalam menempuh pawana globalisasi yang penuh dengan kokurensi sengit ini
3.Dalam alaf  baru yang seba canggih dan moden ini
4.Isu ini hangat diperkatakan oleh masyarakat dan meniti dari bibir ke bibir.
5.Isu ini sering diperdebatkan oleh pelbagai pihak sama ada di warung-warung kopi atau di peringkat persidangan parlimen.
6.Isu yang semakin bermaharajalela ini tidak seharusnya dipandang enteng
7.fenomena yang sering menjadi bualan hangat
8.Saban tahun, isu lapuk ini terus dibincangkan tanpa satu solusi yang benar-benar kukuh dan berkesan
9. Persoalannya apakah resipi yang digunapakai?
10.Pada hakikatnya, ………… mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada kita semua
11.Pascakemerdekaan Malaysia telah menyaksikan pembangunan dan kemajuan negara daripada pelbagai aspek.  Namun begitu, pada era ledakan teknologi maklumat yang penuh dengan pancaroba ini, acap kali kedengaran isu-isu
12.Sireh berlipat sireh pinang,


FRASA UNTUK FAKTOR/PUNCA
1.Jika ditelusuri
2.merupakan faktor perdana 
kemelut  ini turut dikaitkan dengan
Sudah terang lagi bersuluh, ……………..berpunca daripada

FRASA UNTUK KESAN
1.Sudah terang lagi bersuluh
2.Sementelahan itu pula, tidak dapat dinafikan bahawa
3.Implikasinya/impaknya
4.Rentetan itu
5.Natijahnya
6.Akibatnya
7.Ghalibnya
FRASA UNTUK KEPENTINGAN/FAEDAH
1.Sudah terang lagi bersuluh
2.Sementelahan itu pula, tidak dapat dinafikan bahawa

FRASA UNTUK LANGKAH/CARA MENANGANI
1.Persoalannya, apakah langkah drastik yang perlu diambil untuk mengatasi komplikasi ini?
2. Jawapan pertama, pastinya peranan yang yang dimainkan oleh ........( Cth. Pihak kerajaan – Sebagai kemudi negara, badan berwajib seharusnya bertindak tegas..)
3. Antara langkah lain yang boleh diambil ialah….
4.Langkah-langkah tersebut akan lebih berkesan sekiranyaq disokong oleh tulang  
    belakang negara iaitu rakyat sendiri.
5. Oleh sebab masalah ini semakin serius, pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah memberi   perhatian yang khusus agar tidak berlarutan
6. ………. turut memainkan peranan penting selain......
7. Jadi, sejajar dengan ….
8.   ………merupakan tapak kedua selepas…. yang boleh membina benteng pertahanan jiwa…
9. Dalam menangani fenomena……
10. ……menjadi tunjang kejayaan dalam usaha ……
11. Sebagai.......memainkan peranan yang penting dalam menangani....
12.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya
17. Selain itu, selaku tunjang utama….haruslah membuka mata.
18.Peribahasa” sebesar rumah, bermula dengan seketul bata” mengajar kita bertindak sejak akar umbi lagi……
19..........juga merupakan alternatif dalam usaha......
20.      merupakan hospital yang paling anggun bagi.......
21.Salah satu alternatif
22.Penawar mujarab
23.merupakan mekanisme terbaik
24.Sebagai langkah proaktif
25.merupakan wahana  yang  cukup ampuh
26.merupakan satu langkah komprehensif
27.mengambil langkah proaktif menyusun strategi
28.Pelan tindakan yang sesuai dan bersinergi perlu dirancang
29.Dalam usaha membendung 
30.Langkah efektif harus diambil untuk
31.Salah satu modus operandi
32.Sudah terang lagi bersuluh
33.penawar yang paling mujarab
34.mengatur strategi dan prakarsa
                                                                   FRASA UNTUK AYAT HURAIAN
1.Hal ini dikatakan demikian kerana    (why/mengapa---menyatakan sebab)
2.Bertitik tolak daripada manifestasi itu( what/apa....menyatakan tindakan)
3.Impaknya (menyatakan kesan daripada tindakan)......anak-anak/remaja/saya/masyarakat.(who/siapa)

           FRASA UNTUK AYAT PENEGAS
1.Hakikatnya,
2.Ironinya,
3.Izhar
4.Tuntasnya
5.Pendek kata
.6.Nyatalah bahawa, tindakan drastik daripada…..mampu menamatkan konflik yang menghantui
.6.Pendek kata, usaha ……tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dan komitmen penuh segenap lapisan masyarakat, bak kata pepatah’ tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’
7.Realitinya, ............. merupakan instrumen yang paling efektif
8.Jadi, tepuklah dada tanya selera,
9.Tuntasnya, hospital yang paling anggun bagi merawat


FRASA UNTUK MENYATAKAN BUKTI
1.Bukti yang konklusif
2.Mengikut kajian
3.Dalam satu kajian yang dijalankan
4.Bukti yang relevan

FRASA UNTUK BAHAGIAN PENUTUP
1. Konklusinya,………merupakan tanggungjawab setiap rakyat.  Kita sepatutnya berkerjasama untuk……dan mengemudi negara kita ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di persada dunia bak kata pepatah. ‘bersatu teguh bercerai roboh’
2.Kesimpulannya, pemangkin kepada kejayaan.....adalah hasil kerjasama dan usaha gigih daripada
3.Kesimpulannya, marilah kita renungi beberapa peribahasa Melayu yang menggalakkan kita untuk bersatu padu. Antaranya termasuklah “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”,”hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”,”seperti aur dengan tebing”, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan banyak lagi. Jadi, untuk membendung ..........di negara ini. Maka sumbangan dan peranan semua pihak adalah penting
4.bak kata  peribahasa sediakan payung sebelum hujan.
5.mengambil pendekatan bagai  menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
6.bak kata peribahasa berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
7.terus menjadi ancaman seperti api dalam sekam
8.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
9.Sikap ‘melepaskan batuk ditangga’ harus dikikis
10.Sudah tiba masanya untuk kita tidak menuding jari kepada sesiapa.
11.Kita seharusnya berganding bahu
12.mengambil langkah sederap
13.mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
14.Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk berganding bahu, berpimpin tangan dan bersatu padu........
15.Konklusinya, pembabitan pelbagai pihak
.16.Menerusi usaha bersepadu daripada pelbagai pihak..
17.resipi dan ramuan yang diadun mesra
18.Usaha yang istiqamah, proaktif, dan pragmatik memerlukan  iltizam dan komitmen semua pihak.
19.Sebagai intiha
20.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
21.Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
by:http://cikgutum.blogspot.com/2012/05/frasa-untuk-pendahuluan-1.html

KOSA KATA DAN UNGKAPAN MENARIK

1.Penyakit datang dari perut-Nabi Muhammad S..A.W.
Jangan kamu makan, melainkan kamu lapar.dan bila kamu makan jangan sampai kenyang. Bila kamu makan pastikan satu pertiga untuk makanan dan satu pertiga untuk pernafasan.
2.Hanya yang terbaik akan menang!-pepatah inggeris
3.Pisau tersarung dalam senyuman", kunci utamanya ialah kaedah untuk mendapatkan kepercayaan pihak musuh supaya mereka tidak lagi berwaspada terhadap tindak-tanduk kita. Kemudian, barulah kita boleh bertindak terhadap pihak musuh yang tindak mempunyai persediaan.
4.Man jadda wa jada ialah sebuah
5.Pepatah Arab mengatakan; sabar itu ,anak kunci kejayaan
6.Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka  maju sekata,maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba-usman awang
7.Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggin ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya-Hamka
8.Akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cuka merosakkan madu—sabda Rasululah S.A.W
9.Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh ditepi jalan.dilempar buahnya dengan batu,tetapi tetap dibalas dengan buah-Saidina Abu Bakar As-Siddiq
10.Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kau dan engkau menjaga harta. Harta itu kurang apabiladibelanjakan tetapi Ilmu bertambah apabila dibelanjakan-Saidaina Ali bin Abi Talib
11.Menyimpang seinci,rugi seribu batu-Pepatah Cina
12.Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka-Charles Cahier
13. Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum-Aristotle
14. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. –Hamka
15. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.-Hamka
16. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
18.. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.-Maksud hadis
20. Sajak Usman Awang:
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
21. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali
22. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu) 
23. Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).
24. Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa) 
25.Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).
26 .Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu) 
27. Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China). 
28. Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab). 
29. Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).
30. Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.-pepatah
31. Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya. 
32.Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna. 
33. Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,masa akan memancung kamu. 
34. Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab) 
35.Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya. 
36. Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata.
37. Pena lebih berkuasa daripada pedang."-sukarno
38. "Berikan kepadaku sepuluh orang pemuda, akan aku bikin sebuah gunung berpindah." Kalimat itu merupakan retorika Bung Karno yang menggambarkan dahsyatnya potensi pemuda
39.Pepatah Inggeris ada menyebut, ‘kita adalah apa yang kita makan’.
40. kita adalah apa yang kita makan’ sama seperti yang Nabi Muhammad SAW sebut. Penyakit datang dari perut, yang bermaksud jika kita tidak mengawal makan minum, kita terdedah kepada penyakit.
41.Nabi berpesan, ‘jangan kamu makan melainkan kamu lapar dan bila kamu makan, jangan sampai kenyang’.
42.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan (pepatah)
43.Lintah darat (simpulan bahasa)
44.   Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh (ungkapan semasa)
45.Bagai aur dengan tebing (perumpamaan)
46.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
      negeri sendiri (pepatah)     
47.Jauh perjalanan luas pengalaman (pepatah)
48.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (pepatah)
49.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (pepatah)
50.Bukit sama didaki, lurah sama dituruni (bidalan)
51.Kacang lupakan kulit (simpulan bahasa)
52.Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung (pepatah)
53.Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
54. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua (perumpamaan)
55.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
56. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya (pepatah)
57. Rajin dan usaha tangga kejayaan
58 Peluang keemasan (simpulan bahasa)
59.Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak datang
       melayang (pepatah)
60.Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (bidalan)
61. Bak cendawan tumbuh selepas hujan (perumpamaan)
62. Memerah otak (simpulan bahasa)
63. Mencari jalan (simpulan bahasa)
64. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat (pepatah)
65.Biar mati anak, jangan mati adat (bidalan)
66.Sediakan payung sebelum hujan (bidalan)
67.Tulang belakang
68.Genggam bara api biar sampai jadi arang
69.Melentur buluh biarlah dari rebungnya
70.Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
71.Seperti lembu dicucuk hidung
72.Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
73.Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas
74.Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
75.Indah khabar daripada rupa
76.Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
77. Sudah terang lagi bersuluh
78..duri dalam daging
79.Akar umbi
80.api dalam sekam
81.tepuk dada tanya selera
82.jika tiada angin masakan pokok bergoyang
83.bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

84.Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di 

85.anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya

86.bapa borek anak rintik
87.bagaimana acuan begitulah kuihnya
88.bagaimana contoh begitulah gubahannya
89.bagaimana ditanam, begitulah dituai
90.bagaimana rupa begitulah bayangnya 
91Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
92.Firman Allah dalam surahAl-’Alaq ayat 1-5:
 Maksudnya: ‘Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku, bacalah dan tuhanMu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
-wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang dituju kepada nabi Muhammad SAW dan umat manusia seluruhnya. A yat ini menunjukkan bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya
93.Membaca jambatan ilmu
94.Bangsa membaca bangsa Berjaya
95."Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius
96.PEPATAH Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran.

97.PEMIKIR tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu itu ibarat ‘berdialog’ dengan orang-orang hebat atau pemikir-pemikir besar. Bahkan, buku dapat mempertemukan dan menghubungkan dunia masa silam dengan dunia pembaca masa ini.
98.Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun!
99.Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’.
100.Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.- Maksud hadis
101.Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
102.Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
103.Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).
KELAS BIMBINGAN CIKGU ANUAR
TEKNIK MEMASUKKAN UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN
Karangan yang menarik diselitkan dengan ungkapan yang menarik . Ungkapan menarik terdiri daripada pelbagai jenis seperti Peribahasa , Pantun, syair, sajak,gurindam, seloka,senikata lagu . Termasuk juga ucapan daripada pemimpin, cendekiawan, ahli falsafah dan kata-kata hikmat.
Elakkan melakukan perkara berikut:-
· Menulis ungkapan menarik yang tiada kaitan ataupun yang tidak relevan dengan isi yang dibincangkan .
· Tidak menulis ulasan yang menunjukkan perkaitan antara ungkapan menarik dengan huraian/isi yang dibincangkan. Dengan erti kata lain , tiada kesinambungan /pertautan dengan ayat sebelum atau selepas ungkapan menarik itu dalam karangan.
· Menulis ungkapan menarik yang tidak lengkap
· Mengubah ungkapan menarik yang sedia ada kepada ayat lain.
Contoh penggunaan ungkapan menarik :-
Contoh 1
Masukkan lirik lagu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari ilahi
Ahai…
Ayah dan ibulah yang mesti dhormati
ü Lirik lagu di atas telah didendangkan oleh…….. Menerusi sebahagian daripada lirik lagu itu kita didendangkan dengan pengorbanan ayah dan ibu yang tiada batasannya demi anak tercinta. Kita juga dididik menjadi manusia yang tahu menghormati orang yang banyak berjasa kepada kita.
Contoh 2
Masukkan beberapa peribahasa yang sinonim dan yang lain dalam satu ayat
ü Sesungguhnya perpaduan menjadi wahana utama dalam kehidupan yang harmoni. Perpaduan mampu melahirkan masyarakat yang saling membantu dan bekerjasama ibarat aur dengan tebing ,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing , ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni sekaligus menghapuskan resmi hidup bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing .
ü Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang,begitulah yang dapat saya gambarkan tentang usaha menjayakan majlis seperti ini yang tentunya melibatkan permuafakatan dan semangat kerjasama erat serta usaha gigih semua pihak. Sesebuah institusi pendidikan yang cemerlang ditunjangi oleh modal insan yang dibina melalui sistem pendidikan yang berkualiti .
Contoh 3
Masukkan maksud hadis
ü Didikan agama yang diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil menjadikannya insan yang berpekerti mulia. Nilai-nilai Islam yang baik patut diamalkan oleh setiap individu di muka bumi ini. Rasulullah SAW pernah bersabda” Aku tidak tinggalkan apa-apa kepada kamu semua melainkan dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunah . Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi berpegang teguh kepada kedua-keduanya”. Perkara ini membuktian bahawa perjalanan hidup berlandaskan al-Quran dan sunah dapat membimbing kita ke arah jalan yang diredainya sekali gus membentuk diri menjadi manusia yang berpekerti mulia
Contoh 4
Masukkan kata-kata/ ucapan daripada tokoh
ü Oleh itu sebagai rakyat yang memiliki minda kelas pertama, usahlah kita berat tangan dalam soal menabur bakti kepada negara, sebaliknya sentiasa bersedia untuk mencurahkan tenaga, idea dan lain-lain lagi demi negara tercinta. Akhirulkalam, renunglah kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat , F. Kennedy ini “ usah ditanya sumbangan Negara kepada anda, tetapi tanyalah bakti anda untuk negara”
Contoh 5
Masukkan gurindam
ü Kewujudan masyarakat penyayang dapat direalisasikan seandainya semua pihak bersatu hati dan mengatur langkah sederap yakni berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan semangat ukhuwah dalam keluarga dan masyarakat . Ibu bapa seyogianya memainkan peranan dengan berkesan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Hal ini demikian kerana benih-benih kasih sayang yang disemai oleh ibu bapa akan tumbuh mekar dalam sanubari anak-anak dan seterusnya mereka akan menjadi manusia yang sentiasa prihatin tentang hubungan sesama manusia. Dalam hal ini , gurindam Melayu ada mengingatkan kita akan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang antara lainnya berbunyi :
Jika benihnya benih molek,
Jika tanahnya tanah cantik,
Jika bajanya baja baik,
Tentu pokok cepat naik
Oleh itu soal mendidik anak bukanlah soal yang boleh dipandang enteng . Hal ini demikian kerana daripada institusi keluargalah masyarakat penyayang dapat dijelmakan .
Contoh 6
Masukkan pantun ( bukan sahaja untuk karangan jenis ucapan, syarahan, pidato seperti
contoh di bawah , pantun boleh dimasukkan untuk karangan yang lain seperti karangan pendapat, rencana, wawancara, keperihalan dan lain-lain ).
ü Amalkan segala langkah yang telah kita bincangkan sebentar tadi untuk mewujudkan budaya membaca di rumah masing-masing agar modal insan yang dilahirkan mampu menjadikan Negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Nampaknya masa amat mencemburui kita dan sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada saya:
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi
LATIHAN
Lengkapkan tempat kosong yang bernombor dalam ayat di abwah dengan ungkapan menarik yang sesuai.
(1)……………………………………………………………………………………………………………………….. begitulah yang dapat saya gambarkan tentang usaha menjayakan majlis seperti ini yang tentunya melibatkan permuafakatan dan semangat kerjasama erat serta usaha gigih semua pihak kerana(2)…………………………………………………………………………………
Justifikasinya, pembangunan yang tidak terancang telah menyebabkan berlakunya banjjir kilat dan pada kala itu , kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana (3) …………………………………………………
Marilah kita bersama-=sama memperbaharui tekad dan iltizam untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Semuanya bergantung kepada kita sama ada ingin ataupun tidak seperti kata peribahasa (4) ………………………………………………………………………….
Saya yakin dengan usaha murni ini, kita mampu merealisasikan hasrat untuk membina Negara bangsa yang 
………………………………………………………………...
by:http://qasehilmu.blogspot.com/2011/04/teknik-memasukkan-ungkapan-menarik.html